Unit Teknikal dikekalkan fungsinya walaupun struktur pengurusan HEP telah mengalami perubahan pada Ogos 2008. Ini bertujuan agar kefahaman umum terhadap unit ini tidak berubah. Unit Teknikal akan memperkembangkan skop kerja dan fungsi sedia ada dengan lebih meluas dan pelbagai sesuai dengan perubahan teknologi dan ICT masa kini. Kepelbagaian sumber sedia ada dan penambahan fungsi yang akan bertindak mendokumentasikan segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan HEP akan membawa unit ini ke arah kecemerlangan.