Pejabat Unit Pengurusan NR secara ringkasnya UPNR merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang membantu mengurus hal-hal penyediaan kemudahan rumah sewa sekitar Shah Alam di samping membantu mengurus hal-hal kebajikan pelajar Non-Resident (NR). Pejabat Unit Pengurusan NR secara rasminya telah memulakan operasinya di Kompleks Teratai 1 pada 4 April 2006. Kini Unit Pengurusan NR telah diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Naib Canselor (HEP) selaras dengan perubahan struktur HEP pada Ogos 2008.