Kolej Melati mula beroperasi pada 15 November 2002 untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada siswi sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah. Kepentingan Kolej Melati semakin jelas kelihatan apabila adanya AKTA 174 atau dikenali juga dengan nama Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Peraturan Kolej Kediaman Semakan 1991). Konsep sebenar kolej kediaman adalah berlandaskan falsafah piagam UiTM dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana dan kemudahan makanan yang selesa kepada semua penghuni kolej supaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dari segala aspek kehidupan seharian yang lain.