Kolej Kediaman Teratai merupakan salah sebuah daripada 8 kolej yang terdapat di UiTM Shah Alam. Ia mula beroperasi pada tahun 1984 dan pada masa tersebut dikenali sebagai Kolej Delima Siswa. 

Kolej Delima Siswa telah diberi penjenamaan semula pada tahun 1999 dan dikenali sebagai Kolej Kediaman Teratai.

Kolej Kediaman Teratai mempunyai 5 buah blok asrama di mana penempatan adalah 3 orang sebilik serta boleh menampung seramai 1780 orang pelajar. Penempatan pelajar adalah dikhususkan untuk pelajar siswa dan pelajar pakaian seragam seperti PALAPES ( Darat, Laut dan Udara ), SUKSIS, Komander Kesatria, PBSM, SISPA dan Brass Band.

Bangunan pentadbiran kolej terletak berhadapan dengan Blok Teratai 3 dan berhampiran dengan beberapa kemudahan awam yang terdapat di dalam kampus.