Kolej Meranti merupakan salah sebuah kolej kediaman yang terletak di luar kawasan kampus UiTM Shah Alam. Dahulunya kolej ini menempatkan pelajar siswa dan siswi dari pelbagai kursus. Mulai sesi Jun 1999, Kolej Meranti secara rasminya telah dijadikan kolej kediaman untuk pelajar siswa dan boleh menempatkan kira-kira seramai 700 orang pelajar.