Kolej Perindu mula beroperasi pada tahun 1974 dan merupakan antara kolej tertua di Universiti Teknologi MARA. Kolej ini mempunyai 4 buah blok penginapan yang mampu menampung seramai 1600 orang siswa.

Fungsi utama kolej ialah menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kondusif serta penyediaan makanan yang seimbang dan sesuai. Selain itu, aktiviti pembangunan pelajar melalui aktiviti-aktiviti perkembangan mental, pembentukan akhlak, semangat jati diri dan aktiviti jasmani telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta berkesan.