Kolej Mawar telah melalui evolusi ketara semenjak ditubuhkan pada Mei 2002. Bermula dengan sebuah penempatan yang serba kekurangan Kolej Mawar kini gah sebaris dengan kolej-kolej lain yang memberi pelbagai kemudahan kepada pelajarnya. Unit Pengurusan Kolej Mawar diwujudkan khas untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada siswi sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi rohaniah.

Kolej Mawar mempunyai keupayaan menampung 3,500 pelajar dan mempunyai 4 buah blok bangunan kediaman iaitu Blok 1A & 1B dengan ketinggian 5 tingkat  & mempunyai 430 buah bilik dengan muatan 4 orang sebilik. Sebanyak 890 buah bilik dengan kapasiti 2 orang sebilik di Blok 2A  & 2B masing-masing mempunyai 8 & 10 tingkat. Bangunan Pentadbiran Kolej terletak di tengah-tengah di antara Blok 1A dan 2A serta beberapa kemudahan awam untuk pelajar di sekitar kawasan kolej.