Senarai kolej kediaman UiTM Shah Alam

  • Kolej Mawar
  • Kolej Melati
  • Kolej Meranti
  • Kolej Perindu
  • Kolej Delima
  • Kolej Teratai
  • Kolej Seroja
  • Kolej Anggerik

Kolej Mawar telah melalui evolusi ketara semenjak ditubuhkan pada Mei 2002. Bermula dengan sebuah penempatan yang serba kekurangan Kolej Mawar kini gah sebaris dengan kolej-kolej lain yang memberi pelbagai kemudahan kepada pelajarnya. Unit Pengurusan Kolej Mawar diwujudkan khas untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada siswi sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi rohaniah.

Read more...

Kolej Melati mula beroperasi pada 15 November 2002 untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada siswi sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah. Kepentingan Kolej Melati semakin jelas kelihatan apabila adanya AKTA 174 atau dikenali juga dengan nama Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Peraturan Kolej Kediaman Semakan 1991).

Read more...

Kolej Meranti merupakan salah sebuah kolej kediaman yang terletak di luar kawasan kampus UiTM Shah Alam. Dahulunya kolej ini menempatkan pelajar siswa dan siswi dari pelbagai kursus.

Read more...

Kolej Perindu mula beroperasi pada tahun 1974 dan merupakan antara kolej tertua di Universiti Teknologi MARA. Kolej ini mempunyai 4 buah blok penginapan yang mampu menampung seramai 1600 orang siswa.

Read more...

Kolej Delima mempunyai kapasiti seramai 728 orang dan mula beroperasi pada 1984. Setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar yang terdiri dari Blok Delima 1, Delima 2 dan Delima 3. Kolej Delima terletak berhampiran dengan Kolej Teratai, Kolej Perindu dan Pusat Sukan.

Read more...

Kolej Kediaman Teratai merupakan salah sebuah daripada 8 kolej yang terdapat di UiTM Shah Alam. Ia mula beroperasi pada tahun 1984 dan pada masa tersebut dikenali sebagai Kolej Delima Siswa. Kolej Delima Siswa telah diberi penjenamaan semula pada tahun 1999 dan dikenali sebagai Kolej Kediaman Teratai.

Read more...

Kolej Seroja dibina pada tahun 1970an dan dikenali sebagai Asrama 3. Ia merupakan asrama kedua dibina selepas Kolej Cempaka/Kolej Kenanga yang juga dikenali sebagai Asrama 1 dan Asrama 2 sebelum ini. Namun pada tahun 1980, YBhg. Tan Sri Awang Had Salleh telah menukar Asrama 3 kepada Kolej Seroja sempena mengambil nama bunga.

Read more...

Nama Kolej Anggerik telah diambil sempena nama Bandar Anggerik Shah Alam dan ianya merupakan penempatan bagi pelajar-pelajar siswi. Kebanyakan pelajar siswi tersebut merupakan pelajar dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.Kolej Anggerik mula beroperasi pada November 1991 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis ITM, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad yang pada ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM).

Read more...

 

Jabatan ini merupakan pusat utama pengurusan pentadbiran kolej-kolej kediaman di Shah Alam dan kampus cawangan.