Ditubuhkan pada bulan Mac 2007 dengan mengabungkan dua fungsi kecil bahagian Pentadbiran HEP iaitu Pengurusan ICT dan Unit Teknikal pada asalnya. Ianya diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kemudahan teknikal, ICT dan pengurusan sistem maklumat serta pengurusan sumber agar kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelajar dapat dipertingkatkan. Mulai Ogos 2008, apabila stuktur pengurusan HEP mengalami perubahan, maka unit ini telah dipecahkan semula menjadi dua unit berasingan yang kini dikenali sebagai Unit ICT HEP.

Unit ini berperanan menguruskan segala keperluan dan kemudahan ICT, menyediakan maklumat dan paparan dalam laman web, memantau dan menguruskan segala keperluan sistem dan pengkalan data dan segala urusan berkaitan ICT dengan dikawal selia sepenuhnya oleh Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar.

Stuktur pengurusan HEP telah mengalami perubahan pada Ogos 2017 dimana Unit ICT telah di ambil alih oleh Pejabat Pentadbiran HEP dan dikawal selia sepenuhnya di pentadbiran HEP tiada lagi di bawah Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar.