Pusat Kesihatan UiTM ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan primer kepada warga UiTM. Pusat Kesihatan dikendalikan oleh staf yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian serta staf-staf sokongan yang lain. Pusat kesihatan ini terletak di Lot 1, Jalan Bijak 1/22, Seksyen 1, UiTM Shah Alam. Terdapat juga unit Kesihatan di semua kampus cawangan.  

Perkhidmatan di Pusat Kesihatan dibahagikan kepada 5 unit utama iaitu Unit Perubatan, Unit Kesihatan Awam, Unit Kesihatan Mulut, Unit Diagnostik & Perkembangan Perubatan dan Unit Farmasi. Unit-unit utama ini disokong oleh 2 unit lagi iaitu Unit Pentadbiran dan Unit ICT. Semua kemudahan ini disediakan untuk pelajar dan kakitangan UiTM.

 

 

maklumat lanjut boleh layari : - website pusat kesihatan