Pusat Kebudayaan yang sebelum ini dikenali dengan Unit Kebudayaan telah ditubuhkan sekitar tahun. 1977. Pada ketika itu Unit Kebudayaan telah diletakkan dibawah pentadbiran Fakulti Seni persembahan. Walaupun begitu fungsi Unit Kebudayaan ketika itu memberikan perkhidmatan yang berhubungkait dengan kebudayaan kepada seluruh warga kampus disamping kegiatan seni dalam kokurikulum. Unit Kebudayaan telah dinaik taraf kepada Pusat Kebudayaan pada 1 Januari 2003 dimana skopnya diperluaskan di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Berfungsi sebagai pusat aktiviti budaya bagi pelajar-pelajar UiTM termasuk mengendalikan hal-hal berkaitan kokurikulum. Melaluinya pelajar-pelajar dapat mengembangkan bakat baru dikalangan siswa, mengeratkan silaturahim melalui seni dan budaya, menyokong dasar dan usaha kerajaan dalam kegiatan seni, menjadikan muzik sabagai satu daya tarikan pelajar, melahirkan pemuzik berkualiti dan melahirkan insan seni yang berdaya saing.