Program Gap Year

Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Gap Year merupakan program yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu khusus untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan (a time of self-reflection and self-discovery through volunteerism). Gap Year direka bentuk dengan keistimewaan yang membenarkan pelajar menangguhkan pengajian bagi melaksanakan kerja-kerja sukarelawan yang telah direncanakan bersama agensi terpilih.

1. Borang Permohonan boleh dimuat turun disini 

2. Garis Panduan GAP YEAR KPT boleh dimuat turun disini