HOME: Pentadbiran Unit

Unit Korporat & Tugas-tugas Khas

E-mail Print PDF

Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 dengan meliputi skop tugas iaitu untuk menyelaras aktiviti korporat, hubungan pihak luar dan pengukuhan sistem penyampaian dan perkhidmatan di  Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Unit ini juga berperanan dalam mengurus dan menjaga kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar yang dilantik sepanjang tempoh perkhidmatan.

Unit ini diletakkan terus di bawah Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar mempunyai fungsi utama seperti berikut:

Korporat

  • Perancangan, perhubungan dan komunikasi korporat
  • Mengurus dan menyelaras hubungan kerjasama pihak luar / IPT / Kementerian dengan HEP
  • Menyelaras dan memastikan program / majlis anjuran HEP berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya
  • Menyedia dan mengemaskini maklumat korporat bagi tujuan penerbitan dan penyampaian maklumat kepada pelanggan
  • Menyelia lawatan pihak / organisasi luar ke HEP
  • Pengukuhan Sistem Penyampaian HEP

Urusetia MPP

  • Bertanggungjawab terhadap kepentingan, keselamatan dan menyediakan kemudahan lain berkaitan dengan MPP
  • Membantu menguruskan / mengendalikan / menyelia segala aktiviti anjuran MPP sama ada diperingkat universiti, dalam negeri dan antarabangsa.
  • Menguruskan / mengendalikan segala aktiviti jemputan yang melibatkan MPP sama ada diperingkat universiti, dalam negeri dan antarabangsa.
  • Menguruskan / mengendalikan Program Minggu Destini Siswa (MDS) setiap kali pendaftaran pelajar baru.
  • Menguruskan / mengendalikan Pilihanraya Kampus bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

 

UNIT KORPORAT DAN TUGAS-TUGAS KHAS
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-55443699/3521/3565
Faks : 03-55443512/3535