HOME: Pentadbiran Unit

Kaunter Setempat

E-mail Print PDF

Perkhidmatan Kaunter Setempat telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Disember 2004. Tujuan penubuhan perkhidmatan ini adalah untuk memberi perkhidmatan kaunter yang terbaik kepada para pelajar. Di samping itu, kaunter setempat ini juga menjadi "One Stop Centre" bagi para pelajar dan pelawat untuk mendapatkan maklumat mengenai UiTM. Ini bersesuaian dengan matlamat Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk melaksanakan Konsep Mesra Pelajar.

Perkhidmatan Kaunter Setempat juga berfungsi sebagai:

  • Menyediakan maklumat berkaitan fakulti, Pusat, Bahagian dan Unit untuk kemudahan pelawat dari luar dan kakitangan dalaman serta para pelajar.
  • Memberi penerangan umum berkenaan dengan Hal Ehwal Pelajar dan UiTM.
  • Membantu Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar dalam proses permohonan PTPTN, Biasiswa dan Dermasiswa.
  • Membantu kelancaran proses permohonan Tabung Kecemasan Pelajar.
  • Menyediakan borang permohonan kenderaan untuk kegunaan pelajar.
  • Menyediakan Borang Skim Khidmat Pelajar.

PERKHIDMATAN KAUNTER SETEMPAT
Aras 3, Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3538
Faks : 03-5544 3517

 

Muat Turun Borang Kaunter Setempat
Bil.Nama BorangInfo
1. Borang Skim Khidmat Pelajar (SKP) [Muat Turun]