HOME: Pentadbiran Unit

Unit Teknikal

E-mail Print PDF

Unit Teknikal dikekalkan fungsinya walaupun struktur pengurusan HEP telah mengalami perubahan pada Ogos 2008. Ini bertujuan agar kefahaman umum terhadap unit ini tidak berubah. Unit Teknikal akan memperkembangkan skop kerja dan fungsi sedia ada dengan lebih meluas dan pelbagai sesuai dengan perubahan teknologi dan ICT masa kini. Kepelbagaian sumber sedia ada dan penambahan fungsi yang akan bertindak mendokumentasikan segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan HEP akan membawa unit ini ke arah kecemerlangan.

Fungsi utama:

  • Bertanggungjawap terhadap peralatan teknikal HEP.
  • Menyediakan kemudahan teknikal dan peralatan seperti rakaman video, sistem siaraya dan pandang dengar.
  • Mengendalikan peralatan visual, 'lighting' dan siaraya untuk program HEP/UiTM, persatuan dalaman pelajar, kolej dan fakulti.
  • Mengawal peminjaman dan pemulangan peralatan.
  • Melengkapkan unit ini dengan pelbagai jenis media yang terkini dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
  • Menjadi satu tempat penyimpanan dan rujukan maklumat serta penyelidikan startegik terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti dan pembangunan pelajar. 

Prosedur Pinjaman Peralatan Teknikal:

  • Peminjam perlu mengisi BORANG PINJAMAN PERALATAN VISUAL (diisi dalam 2 salinan).
  • Urusan hendaklah dibuat pada waktu pejabat.
  • Surat permohonan kelulusan program hendaklah dilampirkan.
  • Tempahan hendaklah dibuat (4) hari sebelum program dijalankan.
  • Segala kerosakan adalah tanggungjawab peminjam.
  • Organisasi luar akan dikenakan bayaran/sewa.
  • Peralatan yang dipohon tertakluk kepada keadaan semasa.

UNIT TEKNIKAL
Aras 3, Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03- 5544 3524
Faks : 03-5544 3215