HOME: Pentadbiran Unit

Unit ICT

E-mail Print PDF

Ditubuhkan pada bulan Mac 2007 dengan mengabungkan dua fungsi kecil bahagian Pentadbiran HEP iaitu Pengurusan ICT dan Unit Teknikal pada asalnya. Ianya diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kemudahan teknikal, ICT dan pengurusan sistem maklumat serta pengurusan sumber agar kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelajar dapat dipertingkatkan. Mulai Ogos 2008, apabila stuktur pengurusan HEP mengalami perubahan, maka unit ini telah dipecahkan semula menjadi dua unit berasingan yang kini dikenali sebagai Unit ICT HEP.

Unit ini berperanan menguruskan segala keperluan dan kemudahan ICT, menyediakan maklumat dan paparan dalam laman web, memantau dan menguruskan segala keperluan sistem dan pengkalan data dan segala urusan berkaitan ICT dengan dikawal selia sepenuhnya oleh Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar.

Fungsi Unit ICT:

  • Menyelaras dan menyelenggara semua bentuk sistem elektronik di Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti e-insentif, e-kafe, e-kenderaan, e-kaunseling, e-aktiviti, e-aduan HEP dan sebagainya.
  • Menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah dari segi:
    1. Keperluan data pelajar, statistik dsb.
    2. Keperluan sistem bagi semua pusat/unit/kolej
    3. Mengemaskini, mengubahsuai dan menaik taraf laman web/portal HEP
    4. Keperluan peralatan ICT (proses pembelian, pengagihan dan penyelenggaraan)
  • Mewujudkan kawalan terhadap semua sistem, laman web/portal, data, peralatan ICT, rekod inventori dsb.
  • Menangani perubahan struktur perkhidmatan kepada pelajar dari segi sistem maklumat
  • Menyalurkan maklumat tentang kemudahan perkhidmatan yang berkaitan teknikal dan ICT

UNIT ICT
Aras 4, Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
sELANGOR.

Telefon : 03-5544 3522
Faks : 03-55443215