HOME: Pentadbiran Unit

Unit Pengurusan Ruang Niaga

E-mail Print PDF

Ruang niaga boleh ditakrifkan sebagai ruang berstruktur dan ruang yang tidak berstruktur. Ruang berstruktur bermaksud premis yang tersedia ada untuk menjalankan perniagaan seperti kafeteria, kedai serbanika (mini market), kedai alat tulis, kafe siber, perkhidmatan dobi dan sebagainya.Manakala ruang tidak berstruktur bermaksud ruang-ruang kosong seperti di Ruang Legar Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Dataran Cendekia, Dataran Kompleks Kejuruteraan atau tempat letak kereta yang boleh digunakan untuk mempromosi dan menjual perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat.

Pada Mei 2007, berdasarkan keputusan yang dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutif UiTM bahawa pengurusan ruang niaga di UiTM dipindahkan dibawah pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang dahulunya diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan. Unit Pengurusan Ruang Niaga telah ditubuhkan selaras dengan kehendak Universiti.Berkuatkuasa pada 1 Jun 2008, Unit Pengurusan Ruang Niaga telah diperluaskan skop tanggungjawab dan pengurusannya serta ditukarkan nama kepada Unit Pembangunan Perniagaan. Perluasan skop tersebut melibatkan pengurusan ruang dan ruang niaga di seluruh sistem UiTM.

Manakala pada 1 November 2010, unit ini telah dipindahkan ke Pejabat Pengurusan Fasiliti selaras dengan fungsi dan tugas unit ini dimana ianya lebih menjurus kepada perkara berkaitan pengurusan dan pembangunan fasiliti ruang dan ruang perniagaan memandangkan perkara berkaitan pengurusan perniagaan pelajar atau keusahawanan UiTM adalah dibawah tanggungjawab MASMED.

Pada 15 Oktober 2011 Unit Pembanguan Perniagaan diserahkan kembali kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 21/2011 bertarikh 12 Oktober 2011.

Objektif:

  • Membantu dalam menyediakan kemudahan penting kepada warga UiTM melalui perkhidmatan kafeteria, mini market, bank, perkhidmatan pos, perkhidmatan telekomunikasi dan lain-lain.
  • Menguruskan keperluan logistik dan teknikal bagi perkara berkaitan penggunaan ruang dan ruang niaga di UiTM.
  • Bagi menjana pendapatan tambahan kepada UiTM melalui hasil sewaan.
  • Membuka peluang perniagaan kepada bumiputera dengan menikmati rezeki dalam kampus UiTM Malayisia.
  • Menyelenggara ruang perniagaan melibatkan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf kemudahan/fasiliti yang sedia ada.

Perkhidmatan yang disediakan :

  1. Menyelaras aktiviti penggunaan ruang oleh pihak dalaman dan luar UiTM serta menguruskan keperluan teknikal dan logistik yang diperlukan.
  2. Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf yang perlu bagi memastikan fasiliti yang disediakan adalah sesuai dan berada dalam keadaan baik serta selamat.
  3. Menjalankan pemantauan terhadap semua aktiviti penggunaan ruang dan aktiviti perniagaan yang melibatkan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dan pelanggan di UiTM mengikut prosedur dan peraturan UiTM.
  4. Menguruskan ruang niaga melalui sebutharga rasmi UiTM bagi ruang yang melibatkan syarikat luar diuruskan dibawah Jawatankuasa Ruang Niaga UiTM manakala bagi tawaran perniagaan kepada keusahawanan UiTM, ianya diuruskan melalui Mesyuarat Pengurusan Perniagaan UiTM (Keusahawanan) – Jawatankuasa Keusahawanan UiTM.
  5. Platform bagi melatih lebih ramai ahli Persatuan/Kelab Usahawan dan peserta Tunas Mekar secara praktikal dalam bidang keusahawanan.
  6. Menyediakan kemudahan penting kepada warga UiTM melalui perkhidmatan bank, perkhidmatan pos, perkhidmatan telekomunikasi (prepaid card) dan sebagainya.
  7. Membantu Fakulti Hotel dan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Farmasi dan fakulti – fakulti lain dalam menyediakan platform bagi melatih pelajar mereka secara ‘Hands-On’.

UNIT PENGURUSAN RUANG NIAGA
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 3, Bangunan Budisiswa
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 8077/8078
Faks : 03-5544 8520