HOME: Pentadbiran Unit

Unit Kenderaan

E-mail Print PDF

Unit Kenderaan adalah di bawah tadbir urus Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan khusus kepada pelajar dan staf. Perkhidmatan yang disediakan adalah sejajar dengan dasar perkhidmatan yang diamalkan iaitu menyediakan perkhidmatan dan memberikan kemudahan yang terbaik serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan graduan yang kompetatif.

Fungsi Utama:

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisien, selesa dan selamat kepada pelajar dan staf.
  • Menyelaras permohonan kenderaan
  • Menjadualkan perjalanan kenderaan
  • Menyelenggara kenderaan mengikut jadual

Kenderaan Yang Disediakan:

  • Bas Kampus
  • Bas untuk aktiviti Pelajar
  • Kereta/MPV/Van/4WD dan Lori
  • Van Jenazah

Objektif:

Merancang, mengurus, menyelaras serta memantau perkhidmatan pengangkutan yang disediakan kepada pelajar dan staf.

Perkhidmatan yang disediakan:

1. Bas Kampus

  • Perkhidmatan Bas Kampus UiTM Shah Alam disediakan secara percuma untuk kemudahan pelajar menghadiri kuliah. Laluan Bas kampus yang ditetapkan adalah hasil perbincangan bersama diantara Unit Kenderaan, Majlis Perwakilan Pelajar, Unit NR dan unit-unit yang berkaitan. Jumlah bas yang disediakan pada setiap hari adalah sebanyak 17 buah termasuk bas Trans Rengit Sdn.Bhd.
  • Bas Rapid KL Sdn.Bhd telah dibenarkan oleh Pihak Pengurusan UiTM untuk beroperasi di dalam kawasan UiTM bagi menjalankan perkhidmatan pengangkutan kepada pelaar dengan kadar bayaran yang minimum. Sebanyak 18 buah bas disediakan oleh pihak syarikat dengan kod laluan T603 dan T604.

 2. Bas Bagi Program Pelajar

(Kemudahan bas untuk program akademik dan aktiviti-aktiviti pelajar disediakan oleh Unit Kenderaan dan Syarikat Trans Rengit Tour Sdn. Bhd.)

  • Bas UiTM

Kemudahan bas disediakan kepada kumpulan pelajar yang mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum dan juga lawatan akademik. Pelajar disarankan untuk berbincang dengan Unit Kenderaan sebelum menetapkan tarikh program yang akan dilaksanakan.

  • Syarikat Trans Rengit Tour Sdn.Bhd.

UiTM telah melantik Syarikat Trans Rengit Tour Sdn.Bhd untuk menyediakan perkhidmatan bas catar sekiranya bas UiTM telah digunakan sepenuhnya.

UNIT KENDERAAN
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-55443021/3022/3023/3024
Fax : 03-55443020

Muat Turun Borang Unit Kenderaan
Bil.Nama BorangInfo
1. Peraturan Penggunaan Kenderaan UiTM [Muat Turun]
2. Jadual Pergerakan Bas UiTM [Muat Turun]
3. Borang Permohonan Kenderaan UiTM [Muat Turun]