HOME: Pentadbiran Unit

Unit Pengurusan NR

E-mail Print PDF

Pejabat Unit Pengurusan NR secara ringkasnya UPNR merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang membantu mengurus hal-hal penyediaan kemudahan rumah sewa sekitar Shah Alam di samping membantu mengurus hal-hal kebajikan pelajar Non-Resident (NR). Pejabat Unit Pengurusan NR secara rasminya telah memulakan operasinya di Kompleks Teratai 1 pada 4 April 2006. Kini Unit Pengurusan NR telah diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Naib Canselor (HEP) selaras dengan perubahan struktur HEP pada Ogos 2008.

Unit Pengurusan NR memainkan peranan dalam usaha :

  • Menyelaras permohonan pelajar NR mendapatkan tempat tinggal dan makanan di kolej bagi yang layak sahaja.
  • Menyediakan 'NR' Directory' untuk memudahkan pelajar mendapatkan rumah sewa.
  • Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
  • Mengatur program kemasyarakatan dengan penduduk setempat.
  • Menyediakan maklumat serta garis panduan penyewaan untuk pelajar NR.
  • Memantau dan menjaga keselamatan pelajar NR.

UNIT PENGURUSAN NR
Kompleks Prima Siswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3965
Faks : 03-5544 3966