HOME: Pentadbiran Pusat

Pusat Kesihatan

E-mail Print PDF

Pusat Kesihatan UiTM ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan primer kepada warga UiTM. Pusat Kesihatan dikendalikan oleh staf yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian serta staf-staf sokongan yang lain. Pusat kesihatan ini terletak di Lot 1, Jalan Bijak 1/22, Seksyen 1, UiTM Shah Alam. Terdapat juga unit Kesihatan di semua kampus cawangan.  

Perkhidmatan di Pusat Kesihatan dibahagikan kepada 5 unit utama iaitu Unit Perubatan, Unit Kesihatan Awam, Unit Kesihatan Mulut, Unit Diagnostik & Perkembangan Perubatan dan Unit Farmasi. Unit-unit utama ini disokong oleh 2 unit lagi iaitu Unit Pentadbiran dan Unit ICT. Semua kemudahan ini disediakan untuk pelajar dan kakitangan UiTM.

 

Fungsi Pusat Kesihatan:

  • Meningkatkan mutu dan taraf kesihatan masyarakat Universiti Teknologi MARA
  • Memperkembangkan fungsi perubatan, kesihatan, farmaceutikal dan pergigian sebagai Pusat Kesihatan yang serba lengkap
  • Memperluaskan perkhidamtan kesihatan untuk melahirkan masyarakat UiTM yang sihat

 

Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • Perkhidmatan pesakit luar perubatan
  • Perkhidmatan pesakit luar pergigian
  • Rawatan kecemasan
  • Wad rawatan sementara
  • Cucian luka dan surgeri minor
  • Kemudahan makmal perubatan
  • Kemudahan X-ray
  • Perkhidmatan farmasi
  • Perkhidmatan ambulan dan panggilan kecemasan
  • Perkhidmatan kawalan vektor
  • Perkhidmatan kawalan mutu makanan
  • Promosi kesihatan

 

PUSAT KESIHATAN 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 03-55443630/3833
Faks : 03-55443630