HOME: Pentadbiran Pusat

Pusat Kebudayaan

E-mail Print PDF

Pusat Kebudayaan yang sebelum ini dikenali dengan Unit Kebudayaan telah ditubuhkan sekitar tahun. 1977. Pada ketika itu Unit Kebudayaan telah diletakkan dibawah pentadbiran Fakulti Seni persembahan. Walaupun begitu fungsi Unit Kebudayaan ketika itu memberikan perkhidmatan yang berhubungkait dengan kebudayaan kepada seluruh warga kampus disamping kegiatan seni dalam kokurikulum. Unit Kebudayaan telah dinaik taraf kepada Pusat Kebudayaan pada 1 Januari 2003 dimana skopnya diperluaskan di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Berfungsi sebagai pusat aktiviti budaya bagi pelajar-pelajar UiTM termasuk mengendalikan hal-hal berkaitan kokurikulum. Melaluinya pelajar-pelajar dapat mengembangkan bakat baru dikalangan siswa, mengeratkan silaturahim melalui seni dan budaya, menyokong dasar dan usaha kerajaan dalam kegiatan seni, menjadikan muzik sabagai satu daya tarikan pelajar, melahirkan pemuzik berkualiti dan melahirkan insan seni yang berdaya saing.

Kokurikulum Kebudayaan yang ditawarkan :

  • HKB 111 – Apresiasi Sastera 1
  • HKB 112 – Drama 1
  • HKB 113 – Gamelan 1
  • HKB 114 – Muzik Komersial 1
  • HKB 115 – Seni Tari Tradisi & Kreatif 1
  • HKB 116 – Seni Silat Cekak Malaysia 1
  • HKB 117 – Seni Silat Cekak Hanafi 1
  • HKB 118 – Seni Silat Gayong Malaysia 1
  • HKB 221 – Apresiasi Sastera 1
  • HKB 222 – Drama 2
  • HKB 223 – Gamelan 2
  • HKB 224 – Muzik Komersial 2
  • HKB 225 - Seni Tari Tradisi & Kreatif 2
  • HKB 226 – Seni Silat Cekak Malaysia 2
  • HKB 227 – Seni Silat Cekak Hanafi 2
  • HKB 228 – Seni Silat Gayong Malaysia 2

Objektif Pusat Kebudayaan:

  • Memberi pendidikan seni dan amali terutama kearah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan berperadaban tinggi melalui kegiatan budaya khususnya kesenian melayu.
  • Membentuk minda siswa yang dinamis, praktikal dan produktif bagi menuju matlamat wawasan negara.
  • Memberi latihan kepimpinan dalam persatuan serta penganjuran aktiviti di peringkat universiti, IPTA/IPTS, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Memberi pendedahan dan galakan terhadap perkembangan seni yang sesuai dikalangan siswa siswi untuk membentuk daya apresiasi yang positif dan terarah.
  • Menggalakkan eksplorasi dan pengubahsuaian teknik dalam karya seni yang bertujuan membina daya kreativiti siswa siswi.
  • Memahami peri mustahaknya perjuangan memartabatkan seni budaya melayu selaras dengan aspirasi seni negara.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Menyediakan pinjaman kostum / peralatan muzik kepada pelajar
  • Mengadakan kelas Kokurikulum Kebudayaan kepada pelajar
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelajar berkenaan Kesenian dan Kebudayaan
  • Staf Pusat Kebudayaan bertindak sebagai penasihat kepada persatuan 
  • Memantau aktiviti Kebudayaan dan Kesenian yang dijalankan oleh pelajar
  • Staf Pusat Kebudayaan juga bertindak sebagai jurulatih dalam bidang kebudayaan dan kesenian

PUSAT KEBUDAYAAN
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 3, Bangunan Budisiswa
UiTM 40450 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3661
Faks : 03-5544 3697