HOME: Pentadbiran Pusat

Institut Kepimpinan Pelajar

E-mail Print PDF

Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) berfungsi untuk melaksanakan program-program pembangunan kepimpinan untuk mahasiswa UiTM. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk melahirkan graduan holistik yang berketrampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah. IKP bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menyelaras pelbagai program kepimpinan dan professional di seluruh sistem UiTM.

Mendepani cabaran dan keperluan masa hadapan, IKP sentiasa proaktif dengan penganjuran pelbagai modul menerusi Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB). PKPB merupakan inisiatif untuk membentuk pemimpin mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin untuk organisasi, bangsa dan negara pada masa hadapan.

  1. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) pelajar di UiTM mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  2. Menyelaras pelaksanaan PKPB bagi semua kampus di seluruh sistem UiTM.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program profesional bagi pelajar mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  4. Menyelaras pelaksanaan program-program bagi semua kampus cawangan di seluruh sistem UiTM.
  5. Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan pelajar mengikut dasar pembangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari masa ke semasa.

Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB)

Merupakan program khas universiti dan diikuti oleh pelajar peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa yang terpilih. Program ini merupakan program sokongan berfokuskan bukan akademik yang memberi nilai tambah dalam membentuk sahsiah dan professional pelajar dengan tujuan melahirkan graduan yang memiliki lapan ciri-ciri Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh KPT.

Program ini terdiri daripada 3 modul iaitu Modul Kepimpinan Survival Bangsa, Modul Kepimpinan Profesional dan Modul Kepimpinan Ikon.

i)Modul Kepimpinan Survival Bangsa

Modul Kepimpinan Survival Bangsa ialah program khusus kepada pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) atau Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Modul ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu kepimpinan asas.

ii)Modul Kepimpinan Profesional

Modul Kepimpinan Profesional adalah program khusus untuk pemimpin-pemimpin mahasiswa daripada persatuan atau kelab pelajar yang berdaftar di UiTM. Modul ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang berminat untuk menjadi pemimpin dalam bidang profesional masing-masing.

iii)Modul Kepimpinan Ikon

Modul Kepimpinan Ikon adalah bertujuan untuk membentuk ikon dalam kalangan mahasiswa UiTM. Modul ini disasarkan untuk pemimpin pelajar sedia ada atau mana-mana pemimpin pelajar yang berpotensi untuk mengetuai penganjuran program-program berimpak tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Modul ini merupakan landasan terbaik untuk mahasiswa mengetengahkan bakat kepimpinan pada peringkat tertinggi.

INSTITUT KEPIMPINAN PELAJAR
Aras 3 & 4 Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Shah Alam
40450 Shah Alam
SELANGOR.

No.Tel : 03- 5543 6517/03 – 5544 3474/3472/3217/3477/1490/3230
No.Fax : 03- 5544 3214/1493

LAIN-LAIN INFORMASI IKP
BilPerkaraInfo
1. Takwim Perlaksanaan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa Muat turun