HOME: Pentadbiran Pusat

Pusat Sukan

E-mail Print PDF

Pusat Sukan telah ditubuhkan sejak tahun 1974. Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Melalui program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan untuk melibatkan seramai 80% masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan.

Pusat Sukan juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Penekanan kepada 8 teras sukan Negara yang diutarakan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan menjadi agenda utama dalam merencanakan program pembangunan sukan universiti. Sukan tumpuan tersebut ialah bolasepak, hoki, renang, badminton, skuasy, trek & padang dan tenpin bowling.

Pusat Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang disediakan adalah bertaraf antarabangsa dan mengikut spesifikasi Persekutuan Sukan Antarabangsa. Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf universiti ialah stadium yang dilengkapidengan balapan sintetik 400 m dengan kemudahan lampu limpah. Kompleks sukan universiti pula mempunyai kemudahan 6 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepaktakraw, 1 gelanggang bola keranjang, sebuah padang bolasepak, sebuah padang hoki, gelanggang bola baling sintetik dan sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi dengan 8 gelanggang badminton. Lain-lain kemudahan yang disediakan ialah kompleks kolam renang tertutup, gelanggang boling padang, padang ragbi, padang hoki, bilik latihan bebanan, dewan badminton dan sebuah tembok mendaki tiruan.

Objektif Pusat Sukan:

  • Melaksanakan sukan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan ko-kurikulum.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah.
  • Merapatkan silaturahim sesama masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.
  • Menjana sumber kewangan kepada UiTM
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Pembangunan sumber manusia.
  • Meningkatkan imej UiTM melalui pencapaian sukan dan sebagai pusat kecemerlangan Bumiputra.

 Perkhidmatan yang disediakan:

  • Menyediakan kemudahan sukan & rekreasi untuk para pelajar, kakitangan UiTM dan jabatan-jabatan luar
  • Menyediakan peralatan sukan & rekareasi untuk para pelajar dan kakitangan UiTM
  • Pengurusan acara
  • Kursus Latihan Sukan

PUSAT SUKAN
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Tingkat 1, Dewan Serbaguna,
Kompleks Sukan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 03-5543 5601/5606
Faks : 03-55435625

 

Muat Turun Borang Pusat Sukan
Bil.Nama BorangInfo
1st World Islamic University Bowling Championship (WIUBC) 2012
1. Event Fast Fact [Muat Turun]
2. Rules & Regulation Details [Muat Turun]
3. Tentative Program [Muat Turun]
 4. Registration Form  [Muat Turun]
5.  Entry Form [Muat Turun]
6.  Official Accommodation Form [Muat Turun]
7.  Official Arrival & Departure Form  [Muat Turun]