HOME: Pentadbiran Pejabat

Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar

E-mail Print PDF

Pengarah Pembangunan Pelajar adalah lantikan baru yang menggantikan Dekan Hal Ehwal Pelajar mulai 15 Disember 2005. Dengan lantikan Pengarah Pembangunan Pelajar ini, maka fungsi dan skop tugas Dekan terdahulu diperluaskan dengan mengambil kira semua aktiviti pembangunan pelajar termasuk pembangunan dan kepimpinan pelajar, pembangunan kerjaya, pembangunan keusahawanan, pembangunan sahsiah dan pembangunan sukan diletakkan di bawah seliaan Pengarah Pembangunan Pelajar.

Disamping itu, Pengarah Pembangunan Pelajar dipertanggungjawab untuk meningkatkan pembangunan sosio-budaya, kerohanian dan kepimpinan pelajar di kolej-kolej kediaman.

Perubahan struktur organisasi HEP pada 2008 telah memperluaskan skop tugas Pengarah Pembangunan Pelajar yang bertanggungjawab penuh kepada pelajar di kolej kediaman dan pelajar NR. Pembangunan sahsiah pelajar termasuk pengurusan disiplin juga diletakkan di bawah Pejabat Pengarah disamping menguruskan pembangunan ICT dan Teknikal.

Fungsi Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar.

  • Merancang program kecemerlangan akademik,pembangunan dah sahsiah pelajar.
    1. Merancang, menyelaras dan memantau program latihan pembangunan pelajar seperti kepimpinan, komunikasi, keusahawanan, kerohanian, ICT, khidmat masyarakat, bahasa inggeris untuk membentuk insan yang boleh menghadapi cabaran masa hadapan.
    2. Menguatkuasakan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 dan peraturan universiti yang ditetapkan bagi mengawal disiplin dan sahsiah pelajar.
    3. Menyelia dan menyelaras penerbitan-penerbitan pelajar agar mencapai tahap yang diperlukan.
    4. Menjadi urusetia Jawatankuas Pembangunan Mahasiswa (JKPM)
  • Mewujudkan halatuju dan fokus yang jelas dalam kegiatan mahasiswa untuk dijadikan garis panduan seperti berikut :
    1. Fakulti memberi fokus kepada aspek pembangunan dan kecemerlangan akademik pelajar serta program-program ICT.
    2. Kolej Kediaman memberi fokus kepada aspek penyediaan kemudahan dan aktiviti sosio-budaya, sukan, perpaduan kaum dan kerohanian.
    3. PPP memberi fokus kepada kegiatan kemasan diri, pembinaan sahsiah, kerjaya dan motivasi pelajar.
    4. Pusat dan Unit HEP menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menyokong program-program pembangunan mahasiswa.

Pusat dan unit yang diletakkan di bawah penyeliaan Pengarah Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut:

  • Pusat Kebudayaan
  • Pusat Kegiatan Pelajar
  • Unit Pembangunan Perniagaan
  • Unit ICT
  • Unit Teknikal
  • Unit Debat

 

PEJABAT PENGARAH PEMBANGUNAN PELAJAR
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 3, Bangunan Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3522/3549
Faks : 03-5544 3215