HOME: Pentadbiran Pejabat

Pejabat Pentadbiran HEP

E-mail Print PDF

Pejabat ini menyelaras semua unit pentadbiran Hal Ehwal Pelajar. Ia bertanggungjawab dalam membangun dan melaksanakan sistem pengurusan dan perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar meliputi pembangunan sumber manusia, perjawatan, perhubungan dengan pihak dalaman dan pihak luar, kebajikan pelajar  serta staf, kemudahan kolej dan fasiliti pejabat, sekretariat Hal Ehwal Pelajar dan pentadbiran am mengikut piawaian am mengikut piawaian am Universiti Teknologi MARA.

Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan adalah :

  • Bertanggungjawab di dalam merancang, melaksanakan dan memantau proses pelaksanaan sistem perkhidmatan unit-unit di bawah ruang lingkup kawalan.
  • Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau proses pelaksanaan sistem perkhidmatan di unit yang ditetapkan.
  • Menyelaras dan melaksana dasar penempatan di kolej-kolej kediaman, menyelaras kemudahan dan penyelengaraan kolej, menjalankan kajian penempatan di seluruh sistem UiTM dan mengurus hal ehwal kebajikan pelajar.
  • Bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kolej disediakan mengikut piawaian universiti dan pihak berwajib, penyelenggaraan kolej yang bersistematik, bersih dan selamat, pentadbiran kolej yang cekap dan berperanan dalam menjayakan aktiviti pelajar.
  • Menyelaras dan memantau perkhidmatan kaunter setempat (One Stop Centre) yang berfungsi sebagai pusat maklumat mengenai :
  1. Bantuan kewangan, biasiswa dan pinjaman PTPTN.
  2. Maklumat am fakulti/pusat/bahagian/unit.
  3. Maklumat program yang ditawarkan di UiTM.
  4. Edaran maklumat/ risalah yang melibatkan pelajar.
  5. Mengurus aduan pelajar yang diterima di kaunter /e-mail.
  6. Menyelaras perkhidmatan lain seperti hal-hal keselamatan, kewangan dan perpustakaan.
  7. Kemudahan kolej kediaman
  8. Kemudahan kenderaan.
  • Perancangan strategik dan Jangka Panjang
  1. Merangka dan menyediakan dasar dan pelan tindakan, merancang dan menggubal rangka dan strategi makro HEP.
  2. Menyedia dan memantau aktiviti Perancangan Strategik Bahagian HEP bersesuaian dengan visi dan misi UiTM.
  3. Memastikan aktiviti tahunan Bengkel Pemantapan Pengurusan HEP dilaksanakan.
  4. Menyelaras dan menyediakan Perancangan Makro-RMK, Rancangan Tahunan dan Kajian Separuh Penggal (KSP).
  5. Pemantauan Laporan Pencapaian Perancangan Strategik dan RMK oleh semua bahagian dua kali setahun.
  6. Pemantauan penyebaran maklumat Perancangan Strategik kepada staf HEP.
  7. Menyediakan Laporan Perancangan Strategik HEP, Analisa Pencapaian Perancangan Strategik serta Laporan Pencapaian Pelan   Inisiatif RMK.

Unit di bawah Pejabat Pentadbiran HEP :

  • Urusetia Kualiti
  • Unit Kenderaan
  • Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
  • Kaunter Setempat

PEJABAT PENTADBIRAN
Hal Ehwal Pelajar
Aras 4,Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3523/3565/3531
Faks : 03-5544 3535

 

Muat Turun Borang Pejabat Pentadbiran HEP
Bil.Nama BorangInfo
1. Borang Skim Khidmat Pelajar (SKP) [Muat Turun]