HOME: Pentadbiran Kolej Kediaman

Kolej Melati

E-mail Print PDF

Kolej Melati mula beroperasi pada 15 November 2002 untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada siswi sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah. Kepentingan Kolej Melati semakin jelas kelihatan apabila adanya AKTA 174 atau dikenali juga dengan nama Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Peraturan Kolej Kediaman Semakan 1991). Konsep sebenar kolej kediaman adalah berlandaskan falsafah piagam UiTM dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana dan kemudahan makanan yang selesa kepada semua penghuni kolej supaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dari segala aspek kehidupan seharian yang lain.

Objektif:

  • Menyedia dan memberikan perkhidmatan serta kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa dan selamat.
  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (valueadded) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistic menepati cirri Model Graduan UiTM.
  • Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan dan keperluan masa kini sejajar dengan dasar

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Pengurusan penempatan pelajar
  • Pengurusan keselamatan dan kesihatan pelajar
  • Pengurusan kebersihan dan persekitaran pelajar
  • Pengurusan disiplin pelajar
  • Penyelenggaraan kerosakan bilik pelajar

KOLEJ MELATI
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon: 03-5544 3929
Faks : 03-5544 3906