HOME: Pentadbiran Kolej Kediaman

Kolej Seroja

E-mail Print PDF

Kolej Seroja dibina pada tahun 1970an dan dikenali sebagai Asrama 3. Ia merupakan asrama kedua dibina selepas Kolej Cempaka/Kolej Kenanga yang juga dikenali sebagai Asrama 1 dan Asrama 2 sebelum ini. Namun pada tahun 1980, YBhg. Tan Sri Awang Had Salleh telah menukar Asrama 3 kepada Kolej Seroja sempena mengambil nama bunga. 

Kolej Seroja mempunyai 3 blok iaitu Kolej Seroja 1, Seroja 2, Seroja 3 dan terletak berhadapan dengan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dan Hotel UiTM di laluan pintu masuk utama ke Universiti Teknologi MARA.

Objektif:

  • Menjadikan Kolej Kediaman sebagai sebahagian daripada inspirasi kejayaan universiti secara amnya, dan bahagian hal ehwal pelajar secara khususnya bagi memastikan matlamat dirancang tercapai dengan jayanya.
  • Melaksanakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti & berkesan memenuhi kehendak pelanggan serta sejajar dengan impian, misi dan ekspektasi Universiti.
  • Mempertingkatkan imej kolej secara holistik termasuk dari segi perkhidmatan, kemudahan & pembangunan pelajar.
  • Menyediakan kemudahan penempatan yang kondusif & perkhidmatan makanan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Meningkatkan pengetahuan, kemahiran & kompetensi staf kolej yang dapat memastikan perkhidmatan yang berkualiti disampaikan kepada pelajar serta sentiasa seiring dalam menjayakan objektif organisasi dan Universiti.

 

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Penempatan Pelajar Bilik Berdua/Berenam
  • Perkhidmatan e-Insentif subsidi Makan & Food Court
  • Perkhidmatan Kaunter (Mesra Pelajar)
  • Pendaftaran Pelajar Baru/ Lama
  • Pengurusan Clearence
  • Jana Bil Kolej
  • Jana Bil Barangan Elektrik
  • Pengurusan Penyelenggaran & Kebersihan
  • Pengurusan Aduan Kerosokan
  • Pengurusan Naik Taraf Bangunan & Kemudahan
  • Penempatan Transit (Semasa Cuti Semester)
  • Kebajikan Pelajar
  • Aktiviti Pembangunan Pelajar
  • Urusan Pinjaman Peralatan & Ruang

KOLEJ SEROJA
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon: 03-5544 3550
Faks : 03-5544 3552