HOME: Pentadbiran Kolej Kediaman

Kolej Anggerik

E-mail Print PDF

Nama Kolej Anggerik telah diambil sempena nama Bandar Anggerik Shah Alam dan ianya merupakan penempatan bagi pelajar-pelajar siswi. Kebanyakan pelajar siswi tersebut merupakan pelajar dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

Kolej Anggerik mula beroperasi pada November 1991 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis ITM, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad yang pada ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM).

Kapasiti maksimum pelajar Kolej Anggerik adalah seramai 800 orang yang terdiri daripada 200 buah bilik pelajar merangkumi 6 buah blok kediaman iaitu Blok A1, A2, A3, AB1, AB2 & AB3. Muatan untuk satu bilik adalah seramai 4 orang pelajar.

Objektif:

  • Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pelajar.
  • Menjalankan program pembangunan pelajar.
  • Memberi perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Kemudahan bilik penginapan
  • Perkhidmatan kaunter

KOLEJ ANGGERIK
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon: 03-5544 3596/3594
Faks : 03-5544 3598