HOME: Pengenalan HEP Kenali HEP

Kenali HEP

E-mail Print PDF

Pengenalan HEP

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Bahagaian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu Universiti Teknologi MARA melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi terasnya (core business) iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar, serta menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar.

Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

  • Latihan Pembangunan Melalui Modul LPPKP
  • Program Kemahiran Insaniah
  • Program Finishing School
  • Kursus Kenegaraan
  • Kursus Kokurikulum
  • Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
  • Pembangunan Sukan
  • Pembangunan Keusahawanan
  • Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian
  • Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Pelajar

Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar

  • Kemudahan Penempatan dan Kolej Kediaman
  • Kemudahan Insentif Makan kepada Pelajar Diploma
  • Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan
  • Bantuan Kewangan dan Biasiswa Pelajar
  • Kebajikan Pelajar
  • Kemudahan Pengangkutan
  • Pembangunan Kerjaya dan Penempatan Pekerjaan
  • Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan dan Kebajikan Pelajar NR
  • Perkhidmatan Kaunter Setempat
  • Kemudahan Peralatan Teknikal dan ICT