HOME: Kolej Teratai

Kolej Teratai

E-mail Print PDF

Kolej Teratai merupakan salah sebuah daripada 13 kolej yang terdapat di UiTM Shah Alam. Ia mula beroperasi pada tahun 1999 dan pada 2004, Kolej Teratai telah dijadikan penempatan bagi pelajar beruniform siswa dan siswi seperti PALAPES ( Darat, Laut, Udara ), SUKSIS, Komander Kesatria, PBSM, SISPA dan Brass Band.

Ianya bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa, selamat dan juga memudahkan kegiatan latihan pasukan beruniform dalam kampus. Kolej Teratai mempunyai 5 buah blok asrama di mana 2 blok bagi kediaman siswa dan 3 blok bagi kediaman siswi yang boleh menampung seramai 1730 orang pelajar.

Objektif:

  • Menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif.
  • Mempertingkatkan kemudahan yang berkualiti dan pengurusan yang cekap serta berintegriti.
  • Menyelaras program pembangunan modal insan yang bersepadu dan global.
  • Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan efisyen.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Surau
  • Bilik TV
  • Bilik Komputer
  • Wifi
  • Outdoor Gym
  • Bilik Pantri
  • Bilik Gerakan JPK
  • Bilik Rekreasi
  • Studio Muzik
  • Water Heater/Cooler
  • Telefon Awam
  • Bilik Mesyuarat
  • Gazebo (Wakaf)

KOLEJ TERATAI
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon: 03-5544 3681
Faks : 03-5544 3620