HOME: Home

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Bahagaian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu Universiti Teknologi MARA melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi terasnya (core business) iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar, serta menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar.