HOME: Home

Kolej Perindu/Kenanga

E-mail Print PDF

Kolej Perindu mula beroperasi pada tahun 1974 dan merupakan antara kolej tertua di Universiti Teknologi MARA. Kolej ini mempunyai 4 buah blok penginapan yang mampu menampung seramai 1600 orang siswa.

Fungsi utama kolej ialah menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kondusif serta penyediaan makanan yang seimbang dan sesuai. Selain itu, aktiviti pembangunan pelajar melalui aktiviti-aktiviti perkembangan mental, pembentukan akhlak, semangat jati diri dan aktiviti jasmani telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta berkesan.

Objektif:

  • Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan efisyen.
  • Memastikan perkhidmatan makanan yang seimbang, bersih dan halal.
  • Membentuk graduan berkemahiran, keusahawanan, berkepimpinan & berketerampilan unggul.
  • Melaksanakan program pembangunan modal insan yangbersepadu dan global.
  • Mewujudkan persekitaran penginapan yang kondusif. 

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Kemudahan dan perkhidmatan pelajar
  • Pembangunan dan kepimpinan pelajar

KOLEJ PERINDU/KENANGA
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR.

Telefon : 03-5544 3658/4885
Faks : 03-5544 3638