HOME: 5S HEP

5S HEP

E-mail Print PDF

Pengenalan QE/5S

Amalan QE/5S adalah satu teknik pembersihan bertujuan mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, QE/5S adalah asas kepada sistem peningkatan kualiti dan perkhidmatan dan seterusnya menjadikan tempat kerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam.


Maksud Amalan QE/5S

QE/5S adalah singkatan bagi istilah Jepun seperti Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) dan Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

Sebagai contoh, melalui aplikasi teknik seperti 3S iaitu (SISIH, SUSUN, SAPU) akan menjadikan lantai dan tempat kerja BHEP sentiasa bersih, malah penyelenggaraan juga dititikberatkan. Ini akan memastikan mesin, jentera dan alatan di stor, pejabat dan tempat menunggu menjadi bersih dan yang paling penting selamat dan alatan yang diguna boleh berfungsi serta tahan lama.

Apabila amalan QE/5S ini dapat dibuat selalu, maka setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang terhadap HEP khususnya dan UiTM amnya. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan QE/5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua pegawai dan staf bagi menjayakannya.


Sila layari laman QE/5s HEP untuk maklumat lanjut... [ klik di sini ]