Home Kolej Kediaman
Kolej Kediaman - Kolej Kediaman Dan Kemudahan Pelajar
Article Index
Kolej Kediaman
Kolej Kediaman Dan Kemudahan Pelajar
Kelayakan Asas Menduduki Kolej
Permohonan tinggal Di luar Kolej
Permohonan Kolej Pelajar NR
All Pages

Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan, makanan san persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawap dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. Kampus Induk mempunyai 14 buah kolej kediaman dengan kapasiti penghuni seramai 22,587 pelajar. Kolej tersebut adalah Kolej Mawar, Melati, Perindu, Seroja, Anggerik, Teratai, Delima, Kenanga, Jati, Meranti, Cemara/Akasia/Cendana, Puncak Perdana, Alamanda Dan Kristal.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan diperingkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) dilantik oleh pengurusan HEP dan Alumni. Pelajar boleh menghubungi PPP yang bertugas semasa atau selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.



 
November 2014 December 2014
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 44 1
Week 45 2 3 4 5 6 7 8
Week 46 9 10 11 12 13 14 15
Week 47 16 17 18 19 20 21 22
Week 48 23 24 25 26 27 28 29
Week 49 30