| Kolej Kediaman |
Universiti Teknologi MARA Shah Alam mempunyai 14 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya. Dasar utama penampatan pelajar di kolej ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Dalam mencapai dasar tersebut, semua warga dan pengurusan kolej memainkan peranan dana tanggungjwab msing-masing. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekkreasi sosial dan kerohanian. Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan, makanan san persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawap dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. Kampus Induk mempunyai 14 buah kolej kediaman dengan kapasiti penghuni seramai 22,587 pelajar. Kolej tersebut adalah Kolej Mawar, Melati, Perindu, Seroja, Anggerik, Teratai, Delima, Kenanga, Jati, Meranti, Cemara/Akasia/Cendana, Puncak Perdana, Alamanda Dan Kristal. Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan diperingkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) dilantik oleh pengurusan HEP dan Alumni. Pelajar boleh menghubungi PPP yang bertugas semasa atau selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi. Pada dasarnya asas pemberian kemudahan kolej kediaman adalah mengikut keutamaan seperti berikut :
Pelajar yang hendak tinggal di luar mestilah mengemukakan surat permohonan dengan menyatakan sebab-sebab mengapa perlu tinggal di luar. Sebab-sebab tersebut hendaklah disahkan oleh ibu/bapa/penjaga. Surat permohonan tersebut hendaklah mengandungi butiran lengkap seperti berikut:
Surat permohonan hendaklah dihantar kepada Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni untuk pertimbangan dan kelulusan
Pelajar bukan residen (NR) boleh memohon kemudahan kolej dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan kolej |