Home Pejabat & Pusat Pusat Sukan
Pusat Sukan PDF Print E-mail
Written by Admin HEP   
Thursday, 01 July 2010 17:19

Pusat Sukan HEP & Alumni telah ditubuhkan sejak tahun 1974. Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti. Penubuhan Pusat ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Melalui program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan untuk melibatkan seramai 80% masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan.

Pusat Sukan juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Penekanan kepada 8 teras sukan negara yang diutarakan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan menjadi agenda utama dalam merencanakan program pembangunan sukan universiti. Sukan tumpuan tersebut ialah bolasepak, hoki, renang, badminton, skuasy, trek & padang dan tenpin bowling.

Pusat sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang disediakan adalah bertaraf antarabangsa dan mengikut spsifikasi Persekutuan Sukan Antarabangsa. Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf universiti ialah stadium yang dilengkapi denan balapan sintetik 400m dengan kemudahan lampu limpah. Komplek sukan universiti pula mempunyai kemudahan 6 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepaktakraw, 1 gelanggang bola keranjang, sebuah padang bola sepak, sebuah padang hoki,gelanggang bola baling sintetik dan sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi dengan 8 gelanggang badminton. Lain-lain kemudahan yang disediakan ialah komplek kolam renang tertutup, gelanggan boling padang, padang ragbi, padang hoki, bilik latihan bebanan, dewan badminton dan sebuah tembok mendaki tiruan.

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Pusat Sukan ialah Sukan Antara Kolej Bersekutu (SUKOB), Sukan Antara Fakulti (SAF), Sukan Bakat Baru, Kejohanan Sukan Dalaman, Sukan Pesta Konvo, Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) dan Malam Anugerah Sukan. Pasukan sukan universiti juga melibatkan diri dalam Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia, sukan Staf Universiti, Sukan Badan-Badan Berkanun Malaysia dan lain-lain kejohanan jemputan baik diperingkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Alamat dan Perhubungan
Laman Web : http://pusatsukan.uitm.edu.my

Pusat Sukan UiTM
Tingkat 1, Dewan Serbaguna
Kompleks Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN


Tel : 603-5543 5601/5606
Faks : 603-5543 5625

Last Updated on Tuesday, 19 April 2011 08:24
 
August 2014 September 2014
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 31 1 2
Week 32 3 4 5 6 7 8 9
Week 33 10 11 12 13 14 15 16
Week 34 17 18 19 20 21 22 23
Week 35 24 25 26 27 28 29 30
Week 36 31