Home Pejabat & Pusat Pusat Kesihatan
Pusat Kesihatan PDF Print E-mail
Written by Admin HEP   
Thursday, 01 July 2010 16:48

Pusat kesihatan UiTM mula ditubuhkan pada 1970 khas untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan primer kepada warga UiTM.Pusat kesihatan dikendalikan oleh staf yang terdiri daripada Pegawai Perubatan,Pegawai Pergigian serta staf-staf sokongan yang lain.

Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan disediakan di kampus UiTM induk Shah Alam dan Unit-Unit Kesihatan UiTM Kampus-Kampus Cawangan. Dalam keadaan tertentu yang tidak dapat dirawat oleh Klinik Pusat Kesihatan UiTM, pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Segala kos rawatan akan ditanggung oleh pihak UiTM mengikut ketetapan dalam Skim Perkhidmatan kesihatan UiTM. Disamping itu, Pusat Kesihatan UiTM memperluaskan perkhidmatan perubatan untuk semua kakitangan UiTM.

Pusat Kesihatan mempunyai prasarana yang luas skopnya dari segi penyelidikan dan diagnosis penyakit-penyakit. Beberapa peralatan seperti Ultra Sound, X-Ray dan alatan tambahan ujian makmal terkini meningkatkan lagi keupayaan pusat dalam mengendalikan kes-kes pesakit. Perkhidmatan doktor atas panggilan (Doctor On-Call) disediakan selepas waktu pejabat bagi menangani kes-kes kecemasan sahaja. Pegawai boleh dihubungi melalui Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej (PPP) atau Pegawai Keselamatan.

Kini Pusat Kesihatan mempunyai bangunannya sendiri yang lebih moden selaras dengan keperluan kesihatan semasa. Pusat Kesihatan UiTM telah diletakkan di bawah pengurusan HEP bermula pada Februari 2008.Lokasi Pusat Kesihatan terletak berhampiran Kolej Mawar serta Pusat Inovasi.

Terdapat 4 unit utama yang memberi perkhidmatan iaitu :

  1. Unit Perubatan
  2. Unit Kesihatan Mulut
  3. Unit farmasi
  4. Unit kesihatan Awam

Alamat dan Perhubungan
Laman web : http://pusatkesihatan.uitm.edu.my

Pusat Kesihatan UiTM
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Tel   : 03-5544 3630 / 3833
Faks : 03- 5544 3630

Talian (On Call)     : 019-219 6439 / 019-219 6440
Talian Kecemasan :  03-5544 2999

Last Updated on Tuesday, 19 April 2011 08:28
 
September 2014 October 2014
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 36 1 2 3 4 5 6
Week 37 7 8 9 10 11 12 13
Week 38 14 15 16 17 18 19 20
Week 39 21 22 23 24 25 26 27
Week 40 28 29 30