Home Pejabat & Pusat Institut Kepimpinan Pelajar
Institut Kepimpinan Pelajar PDF Print E-mail
Written by Admin HEP   
Wednesday, 07 July 2010 10:33

Institut Kepimpinan Pelajar diwujudkan bagi melaksanakan program pembangunan diri dan kepimpinan pelajar secara sistematik dan terancang melalui kolej kediaman, fakulti, kampus cawangan dan persatuan pelajar. Peranan ini selaras dengan dasar-dasar pembangunan pelajar UiTM iaitu untuk melahirkan graduan yang memenuhi 21 ciri yang terkandung di dalam Model Graduan UiTM. Institut Kepimpinan Pelajar mempunyai dua unit di bawahnya iaitu Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar dan Unit Kenegaraan.

Institut Kepimpinan Pelajar bertanggungjawab juga di dalam mengendalikan Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas dan Seminar Bina Negara dengan kerjasama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri. Mulai pengambilan sesi Jun-Oktober 2004 pihak pengurusan UiTM telah mewajibkan kepada semua pelajar baru diperingkat diploma dan ijazah yang mendaftar sebagai pelajar menghadiri kursus bina negara mahasiswa asas atau seminar bina negara. Maklumat penting disertakan bersama-sama surat tawaran memasuki UiTM. Kegagalan pelajar untuk menghadiri kursus atau seminar ini boleh dikenakan tindakan Tatatertib dibawah Kaedah 24 Bah. II, Tatatertib Am dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1976.

Kursus dan seminar yang dijalankan adalah bercirikan latihan bersepadu ( aspek fakta,mental,emosi dan kerohanian ) serta pembelajaran melalui pengalaman secara lebih provokatif dan mencabar disamping membolehkan peserta mengalami, menghayati dan menajami budaya dan nilai kepimpinan yang dinamik.

Terdapat tiga unit di bawah kelolaan Institut Kepimpinan Pelajar iaitu :

1. Unit Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (Modul LPPKP)

Unit  Modul LPPKP bertujuan untuk membina dan membangunkan mahasiswa yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan mengamalkan nilai-nilai murni yang universal.

2. Unit Kenegaraan

Unit Kenegaraan telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program Seminar Kenegaraan UiTM (SKUiTM) yang diwajibkan kepada semua pelajar sepenuh masa UiTM.Program dijalankan dengan kerjasama Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri.Unit ini juga melaksanakan program Jatidiri & Patriotisma kepada MPP UiTM dan JPK UiTM.

3. Unit Kemahiran Insaniah

Merupakan satu pendekatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPT) bagi membangunkan Modal Insan pelajar IPTA. Kemahiran Insaniah adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan.

Alamat dan Perhubungan

Institut Kepimpinan Pelajar
Aras 4, Banggunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 603-5544 2585
Faks : 603-5544 3214

Last Updated on Tuesday, 19 April 2011 08:27
 
August 2014 September 2014
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 31 1 2
Week 32 3 4 5 6 7 8 9
Week 33 10 11 12 13 14 15 16
Week 34 17 18 19 20 21 22 23
Week 35 24 25 26 27 28 29 30
Week 36 31